I was a fan of Zulkifli Ahmad the singer. He was mid 70's singer who lost out to September five a quartet during Bintang RTM 1974. He was no 2. He sang a woman song sung by Emilia Contessa. He produce 2 EPs and one was a song, he sang a duet with Rubiah Lubies(Hajjah) Tunggulah which I loved but can't recall. Later he would further his studies in the UK. Last time I heard he has a sex change operation and married a white man. So be it. Suddenly someone leak to the press that Yasmin was Zulkifli and that piece of news came out a day after he was buried. Why? Did the people who felt betray of what he or she achieve feel the need to tarnish her. She is dead and Zulkifli cease to exist the minute he had the operation. Why are the Malays that mean just because this pencemar bangsa is loved and admired by all Malaysians regardless what gender they are. She is an inspiration not to just her race but to all the Mak Nyah inadvertently she represent. These group of people which is despised by many, Yasmin prove you could have the world under your feet. As far as I am concern his chosen sex, his disfiguring of what God have gave her does not make her infidel and to the eyes of God he or she is still her servant, hamba alllah nya. We have not the right to ridicule him and let his past be that. We must celebrate her life and what she has done. She is a filial child to her mom and dad and they love her unconditionally and why do we have to tarnish that. Who are we to judge and I believe God is so great that the news, which has been kept under vault, was about to be release as piece of news to bring down Pencemar Bangsa Yasmin. God is Great we planned but he execute the plan .Rest in peace Yasmin or Zul or whoever you are. You have made life for me a bit better by being around to tell a story and share it with us.
Menghormati arwah Yasmin Ahmad
Oleh Shanon Shah
shanonshah@thenutgraph.comshan
BELUM sampai 24 jam arwah Yasmin Ahmad selamat dikebumikan, muka depan akhbar harian Kosmo! telah membuat pendedahan tentang sejarah peribadinya. Pada hari yang sama, 27 Julai 2009, majalah hiburan Mangga Online juga membuat "pendedahan" yang sama melalui wartawannya, Rosli Manah.
Yang anehnya, bahagian laporan Mangga Online yang menyentuh sejarah peribadi Yasmin itu telah dikeluarkan dari laman web tersebut kali terakhir saya melayarinya. Adakah disebabkan majalah tersebut merasakan laporannya tidak manis atau tidak beretika?
Tetapi jika demikian kenapa tidak diumumkan sekali kesilapan yang telah dilakukan? (Kosmo!, sebagai contoh, memohan maaf di muka depan terbitan 30 Julai.) Orang umum hanya akan dapat menilai ketelusan dan profesionalisme satu-satu badan media jika ia berani mengaku dan memperbetulkan kesilapan sendiri.
Akhbar Kosmo! terbitan 27 Julai 2009
Benar, setelah membaca kedua-dua laporan Kosmo! dan Mangga Online, saya sendiri berpendapat wartawan yang terlibat tidaklah sengaja ingin menjatuhkan maruah Yasmin. Tulisan mereka tidaklah berunsur fitnah atau bersifat sensasi.
Namun, memandangkan pelbagai macam hukuman dan amaran yang berpaksikan sistem perundangan Islam di negara ini, sebarang pendedahan peribadi tentang arwah Yasmin sebenarnya bersifat "menjaga tepi kain". Saya memetik kata-kata Rosli, wartawan Mangga Online, sendiri: "Tapi apabila berbual [dengan Yasmin] saya tak nampak di manakah ruang untuk saya bertanyakan soalan itu. Bukan apa ... takut ia menjadi satu perkara sensitif ... Saya hanya simpan sahaja soalan itu sehingga sekarang tanpa mahu mencari jawapannya."
Bak kata pepatah, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.
Sekumpulan pengamal media telah membantah tindakan wartawan Kosmo! dengan menulis surat kepada pengarang menghentam laporan tersebut. Surat ini merupakan satu cubaan yang bertanggungjawab oleh para wartawan untuk memantau tahap etika rakan setugas. Namun, ia nampaknya lebih bertumpu kepada mempertahankan maruah peribadi Yasmin dan mempersoal maruah peribadi pengarang Kosmo!.
Keratan artikel Kosmo! yang mendedahkan sejarah peribadi Yasmin
Pencemar budaya Melayu?
Yasmin pernah betul-betul diserang dengan lebih teruk di media tradisional Malaysia. Tahun 2006, dalam rancangan Fenomena Seni siaran RTM1, Yasmin telah "dibelasah" — ini istilah wartawan Utusan Malaysia yang mengulas rancangan tersebut — oleh pengkritik filem Akmal Abdullah, dan produser kontroversi Raja Azmi.
Menurut laporan Utusan Malaysia, Yasmin "didakwa mencemarkan imej gadis Melayu dan pada masa sama tidak menghormati isu agama menerusi watak Orked lakonan Sharifah Amani dalam kedua-dua filem [Sepet dan Gubra]".
Saya petik Akmal: "Orked sebagai perempuan Melayu [Malaysia] digambarkan mempunyai didikan agama yang teguh tetapi dia hanya sesuai untuk seorang lelaki Cina [Malaysia] penjual CD dan VCD haram yang boleh dikategorikan sebagai penjenayah."
Raja Azmi pula tidak puas hati dengan watak bilal dalam filem Gubra yang rajin memasak di dapur. Menurut logik Raja Azmi, isteri yang warak tidak akan membenarkan suaminya memasak sama sekali.
Maka dengan itu Yasmin dicap sebagai pencemar budaya Melayu di Malaysia. Saya rasa serangan dalam rancangan Fenomena Seni inilah yang sebenarnya kita perlu bincangkan apabila kita meratapi pemergian Yasmin.
Benarkah Yasmin telah mencemar budaya Melayu di Malaysia? Daripada ratapan pilu rakyat Malaysia yang berbilang kaum apabila Yasmin meninggal dunia, saya rasa sebaliknya — Yasmin sebenarnya berjaya memberi semangat bukan saja kepada peminat Melayunya, malah menyentuh jiwa kaum lain di Malaysia. Bukankah ini contoh karyawan yang kita mahukan di Malaysia?
Saya bukannya mahu mempertahankan karya Yasmin di sini. Saya rasa memang wajar kalau kita mengkaji karyanya dan sama-sama berkongsi pendapat. Apakah karyanya memperlihatkan tahap seni yang baik, atau mungkinkah Yasmin serba kekurangan dari segi teknik dan gaya penceritaan?
Saya sendiri berpendapat yang Yasmin tidak selalunya memberikan komen yang masuk akal apabila bercakap tentang industri filem. Dalam temuramah terakhirnya dengan New Straits Times tentang keputusan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk mengharamkan filem-filem yang memaparkan mat rempit dan lelaki berpakaian wanita, Yasmin berkata, "Saya tidak kisah." Dan Yasmin tidak kisah sebab syarat kementerian itu "tidak ada kesan" atas pembikinan filemnya sendiri, walaupun ia memang menyusahkan industri filem tempatan secara keseluruhan.
Mat rempit (Domain awam)
Padahal rakan seperjuangannya, Datin Paduka Shuhaimi Baba, dengan panjang lebar menggariskan bagaimana langkah sedemikian akan merencatkan kreativiti dan pulangan kewangan industri filem tempatan.
Saya rasa pelik juga logik arwah Yasmin terhadap dasar kerajaan tersebut. Nampaknya arwah Yasmin cuma mementingkan pembikinan filemnya sendiri tanpa mengambil kira impak terhadap pembikin filem yang lain. Tambahan pula, isu lelaki berpakaian wanita dan mat rempit sering dilihat sebagai ancaman kepada budaya Melayu. Maka, pelik juga bagi saya kenapa Yasmin tidak mahu mempersoalkan keputusan kementerian sedangkan dia sendiri pernah dicap, secara tidak adil, sebagai pencemar budaya Melayu.
Kepentingan umum
Namun, saya sedar bahawa karya Yasmin Ahmad telah menyentuh jiwa sebilangan besar rakyat Malaysia. Dan selain keluarga dan rakan terdekat arwah Yasmin, mereka ini juga merasakan kehilangan besar apabila dia meninggal dunia. Demi kepentingan umum, kita semua perlu diberi ruang untuk meluahkan perasaan sedih kita tentang pemergiannya. Malah, ramai yang menganggap Yasmin sebagai idola mereka yang tidak boleh dikritik langsung.
Saya pula tidak setuju dengan pendapat ini. Setiap insan wajar dikritik, sekalipun insan tersebut berniat jujur dalam setiap pekerjaannya. Tetapi biarlah kritikan ini dikenakan dengan cara yang berhemah, dan kena pada tempatnya. Warisan dan peninggalan Yasmin Ahmad memang perlu dikritik dari sudut nilai seninya, dan dari sudut pendirian yang diambilnya sebagai seorang tokoh awam dan karyawan tanahair. Dengan cara ini, barulah arena seni tanahair akan terus maju, dan budaya demokrasi di Malaysia akan semakin berkembang.
(Sumber: sinemamalaysia.com.my) Dalam wacana tentang mana-mana tokoh awam, sama ada yang hidup atau yang sudah pergi, kita perlu membezakan antara apa yang berkait dengan kepentingan awam dan apa yang tidak kena-mengena. Contohnya, perilaku peribadi seorang tokoh politik yang suka menganiayai isterinya atau memakan rasuah sememangnya perlu didedahkan demi kepentingan umum. Tetapi pilihan peribadi seseorang tokoh yang tidak pernah mendatangkan mudarat kepada mana-mana insan yang lain perlulah dibiarkan saja.
Jadi, bagi pencinta karya Yasmin yang berkabung untuknya mahupun mereka yang kurang mesra dengan Yasmin, biarlah kita membincangkan warisannya dari sudut kepentingan umum.
ASIAONE / NEWS / THE STRAITS TIMES / STORY
he paper interviewed two former classmates, Mr Rosmanizam Abdullah and Mr Abdul Rahman, who are certain that Yasmin was Zulkifli. 'I will always remember her as Zulkifli Ahmad, a great striker in soccer who represented the state,' Kosmo! quoted Mr Rosmanizam, who is still active in sports associations. Several bloggers are upset by the reports. Prominent blogger Marina Mahathir, daughter of former prime minister Mahathir Mohammad, wrote on her website: 'Unfortunately there are some truly low creatures at that despicable rag called Kosmo who are determined to defame her and her legacy. The family is devastated. Yasmin has hardly been buried and Kosmo has already started to publish all sorts of trash about her.' She called for a boycott of the paper. Yasmin died last Saturday, two days after suffering a stroke. She left behind her husband Abdullah, 45, a 14-year-old daughter from a previous marriage, and parents, Inom Yon and Ahmad Hashim. Her family has not commented on the reports. Dah lama kami dengar desas-desus yang menyatakan pengarah filem Talentime, Yasmin Ahmad ini merupakan seorang lelaki sebelum ini. Khabarnya Yasmin Ahmad dilahirkan sebagai seorang khunsa (mempunyai kedua-dua jenis kemaluan). Namun kerana naturenya lebih kepada seorang perempuan, akhirnya Yasmin Ahmad telah memilih untuk menjadi seorang wanita. Mungkin benar atau mungkin gosip ini hanyalah rekaan mereka-mereka yang ingin menjatuhkan pengarah berbakat besar ini. Namun jika anda berminat untuk melihat gambar Yasmin Ahmad sebelum memilih untuk menjadi seorang wanita (khabarnya namanya ketika itu ialah Zulkifli Ahmad), sila baca artikel ini sepenuhnya. Jangan lupa nyatakan pendapat anda selepas membandingkan gambar Yasmin Ahmad sekarang dan gambar Yasmin Ahmad semasa bergelar Zulkifli Ahmad.
HANYA KAU DAN AKU Ooi Eow Jin / Din Osman GEMBIRA Copyright / Amran Shariff KERESAHAN M. Yusof AKU UNTUK MU (KAU UNTUK KU) Copyright / Habsah Hassan PENERBIT : DAOS GAMBAR : ZAINAL OSMAN DESIGN : AZZAM OSMAN TERKENANG Ooi Eow Jin / Habsah Hassan BALLADA PENYANYI Copyright / Dinosman TAK SEINDAH KATA Ahmad Hashim TUNGGULAH Copyright / Dinosman MUZIK : OOI EOW JIN GAMBAR : P.G. LEE DESIGN : AZZAM PENERBIT :DAOS WARNADA |
2 Comments:
SIAPA PUN ARWAH (dilahirkan sebagai lelaki tulin, perempuan tulin, khunsa yang kemudian memilih menjadi lelakiatau khunsa yang memilih untuk menjadi perempuan), BELIAU ADALAH HAMBA ALLAH. YANG PENTING ARWAH BUKAN ANAK DERHAKA. IA JAUH LEBIH MULIA DARI DILAHIRKAN SEBAGAI LELAKI TULIN ATAU PEREMPUAN TULIN TETAPI TIDAK BERADAB, JAUH SEKALI MENJADI ANAK YANG SOLLEH.
He sang a woman song sung by Emilia Contessa.
TAK KUASA KUHINDARI
http://www.imeem.com/tembanglawas/music/gVnsNFjx/emilia-contessa-tak-kuasa-ku-hindarimp3/
Post a Comment
<< Home