Last Monday I was due to met My Step Grandma but due to heavy rain I have to postpone. I took the bus as normal that day and while waiting for the bus i was pickpocketed. It happen on the the 2nd of June 2008 at 4.30. I lost my wallet containing vital and important documents like my Identity Card and Driving lisence and some monies. The monies I dont mind losing but not the documents. Some are personal and I wish I could get it back but I can't. Yesterday the Government announce a hike in the price of Petrol. A huge jump of 41%, it means the local folks must change their habits because the hike in price also includes Electric tariff. I do not mind using the public transport but make it safe. The LRT and Commuter stations that serve the public are relatively safe but not the bus station. Some are dingy ,filthy and poor ventilation. Light them up and spruce them befitting a country that is going places. Overall make sure the bus run on time. Below i am posting an article written by the late Rustam Sani the son of Ahmad Boestaman. My opinion which to me i still stand was angrilly rebuted. But as I said the Merdeka warriors are different than the merdeka heroes and Merdeka heroes to me is the reserve of Tunku and his cronies at that time. To fight againts the British doesn't make you a hero of the independence it made you warrior but not heroes!
Friday, October 14, 2005
Si jahil sejarah dan keangkuhannya
Oleh Rustam A. Sani
Babak penutup kontroversi antara Ronnie Liu dari DAP dan para pemimpin Pergerakan Pemuda Umno benar-benar telah menelanjangi sahsiah politik para pemimpin Pergerakan Pemuda Umno yang sebenarnya. Sesiapa yang berani menyerahkan masa depan negara ini kepada pergerakan itu sudah sepatutnyalah mulai berasa gusar dan malu.
Segalanya bermula dengan sebuah rencana Ronnie Liu yang menafikan sebuah mitos umum yang cuba diperkembangkan oleh Umno selama ini bahawa para pemimpin parti itulah yang secara eksklusifnya telah memperjuangkan kemerdekaan negara ini. Rencana Ronnie ini sebaliknya mendakwa bahawa ada pihak-pihak lain yang sumbangannya terhadap pencapaian kemerdekaan negara ini tidak sepatutnya dinafikan.
Antara "pihak-pihak lain" yang telah disebutnya itu ialah Chin Peng dan Parti Komunis Malaya.
Kenyataan itu tampaknya telah menimbulkan amarah Timbalan Ketua dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno – dua orang tokoh yang sejak akhir-akhir ini beria-ia benar menekankan peranan mereka sebagai pejuang maruah Melayu dan pembela agenda Melayu. Beria-ialah mereka menafikan peranan Chin Peng itu, tanpa sedikitpun menyedari bahawa "peranan" itu tidak dapat dinafikan oleh hakikat sejarah maupun oleh kenyataan rasmi kerajaan yang pernah diucapkan melalui bekas Ketua Polis Negara, Tan Seri Abdul Rahim Noor.
Dalam amarah amat sangat para pejuang yang mendakwa diri mereka sebagai "pejuang agenda Melayu" ini mereka lalu mengada-adakan tuduhan bahawa Ronnie Liu telah menafikan sumbangan Tunku Abdul Rahman. Pada hakikatnya "penafian" yang mereka dakwa itu tidak terdapat dalam tulisan Ronnie Liu itu.
Namun mereka tidak peduli. Dalam kemarahan mereka, bukan sekadar Ronnie malahan juga Ketua Pembangkang, Pengerusi DAP Lim Kit Siang, dituntut supaya membuat penjelasan di Parlimen apakah kenyataan itu sekadar pandangan Ronnie Liu atau sebenarnya merupakan pandangan rasmi DAP. Jelaslah taktik ini merupakan taktik para ahli politik yang licik untuk memperoleh publisiti murahan – bukannya reaksi seorang yang terpelajar yang memahami realiti sejarah negara ini dengan mendalam.
Selain itu, permainan politik licik ini mendapat bantuan pula daripada pelbagai akhbar media arus perdana negara ini, khususnya Utusan Malaysia dan Berita Harian, dan beberapa stesyen televisyen. Selain pandangan orang ramai dan para ahli politik, media terbebut juga turut memperbesar-besarkan pandangan beberapa ahli sejarah bergelar Profesor. Dalam hal ini para profesor itu tidak sekadar memihak kepada Pemuda Umno, tetapi sesungguhnya mendedahkan pengetahuan cetek mereka sendiri tentang sejarah nasionalisme negara ini – sesuai dengan kemampuan mereka sebagai para "sarjana kangkung".
Nyatalah bahawa permainan politik perkauman yang licik ini tidak menggemparkan Ronnie Liu. Sebaliknya beliau telah dua kali mengulang cabarannya kepada Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda Umno supaya mengadakan perdebatan umum dan terbuka (secara 'cool') tentang perkara yang telah ditimbulkannya dalam tulisannya – dan tentang kemampuan dua tokoh Pemuda Umno itu memahami apa yang telah ditulisnya.
Saya sendiri berdebar-debar menunggu reaksi para pemimpin Pemuda Umno itu. Malah saya berharap agar "perdebatan" itu tidak sekadar ditumpukan kepada rencana Ronnie Liu itu sahaja, tetapi diperluaskan juga kepada isu-isu seperti nasionalisme Melayu, perjuangan mencapai kemerdekaan Malaya, peranan pelbagai tokoh dan aliran politik di negara ini terhadap perjuangan mencapai kemerdekaan, dan sebagainya.
Saya tentu sahaja sangat berminat terhadap bidang tersebut, sesuai dengan minat saya sebagai seorang yang terdidik dalam bidang sosiologi politik dan telah menulis buku dan rencana tentang nasionalisme Melayu dan gagasan bangsa Malaysia. Saya amat mengharapkan pemikiran saya tentang isu-isu tersebut akan diperjelas dan dipertajam oleh pemikiran mendalam para pemimpin Pergerakan Pemuda Umno yang amat tinggi pendidikannya itu.
Sayang sekali ajakan Ronnie Liu itu telah ditolak oleh Ketua Pemuda Umno. Malah dia menyatakan bahawa dia akan melarang Timbalan Ketuanya menerima cabaran berdebat itu. Alasan yang diberikannya ialah dia tidak akan tunduk begitu rendah untuk menerima ajakan berdebat dengan pihak DAP itu. Ertinya dia menganggap dirinya terlalu tinggi untuk berdebat dengan Ronnie Liu!
Saya sungguh kecewa. Bukan sahaja kerana harapan saya untuk belajar daripada para pemimpin Pemuda Umno yang terpelajar itu tidak akan kesampaian, tetapi juga kerana alasan yang mereka berikan untuk menolak ajakan berdebat itu tidak memuaskan saya. Benak saya bertanya: Apakah benar mereka ini terlalu tinggi untuk berdebat dengan pihak lain yang lebih rendah daripada mereka? Atau apakah mereka ini sesungguhnya sekadar orang yang bersifat "bodoh sombong"?
Namun demikian, ada sebab lain yang lebih besar yang menjadikan saya kecewa. Sewaktu melihat cara dan gayanya sambutan kemerdekaan negara yang ke-48 dirayakan baru-baru ini saya mendapat kesan bahawa terdapat kejahilan yang amat meluas tentang sejarah negara ini. Sebab itulah perayaan hari tersebut dimanifestasikan dengan tidak lebih daripada mengibar-ngibar Jalur Gemilang, kosert duet Siti Nurhaliza dan Mawi, dan ucapan-ucapan lompong dan kosong oleh para ahli politik pemerintah.
Malah "perdebatan tak jadi" antara Ronnie Liu dan para pemimpin utama Pemuda Umno itu sendiri telah dicetuskan pada mulanya oleh kejahilan yang amat nyata – khususnya kejahilan para pemimpin Pemuda Umno – tentang realiti sejarah negara ini. Perdebatan itu kemudiannya diapi-apikan secara tolol dan tidak bertanggungjawab pula oleh para wartawan di media massa yang terkongkong oleh kuasa kerajaan, serta para ahli sejarah dari jenis sarjana kangkung di universiti-universiti tempatan.
Setelah 48 tahun kita masih belum mempunyai pengetahuan yang jitu lagi mendalam tentang sejarah kita. Cebisan-cebisan sejarah itu bukannya dihuraikan secara analitis dan konseptual, tetapi diperalatkan secara amat jahil oleh para ahli politik yang tidak segan silu memperlihatkan kejahilan mereka tentang sejarah.
Suatu ironi yang amat menarik dalam "perdebatan" kali ini ialah hakikat bahawa yang turut terlibat ialah Menteri Pelajaran sendiri, yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno. Dalam sebuah sistem pendidikan yang telah begitu parah dikomoditikan dan diperdagangkan maka harapan kita agar mata pelajaran yang begitu penting seperti Sejarah akan diperkembangkan amatlah kecil sekali. Di bawah pimpinan seorang menteri yang begitu jelas kejahilannya (disalut dengan keangkuhannya yang tidak wajar) maka harapan itu bolehlah dikatakan telah sirna samasekali.
Jika pendidikan sejarah dalam sistem persekolahan kita begitu menyedihkan sekali pada waktu ini, maka harapan kita pada sistem pengajian tinggi di negara ini malah lebih menyayat hati lagi. Para ahli sejarah kita yang mengajar di universiti-universiti jelas tidak memperlihatkan kemampuannya untuk menganalisis proses sejarah negara kita secara mendalam.
Oleh yang demikian, sejarah negara kita yang amat kompleks itu tidak akan dapat dijelaskan dengan kaedah dan analisis yang jitu. Interaksi pelbagai unsur sejarah pada zaman dulu disusur-galur dengan menggunakan konsep-konsep dangkal hari ini, seperti "kerajaan" dan "pembangkang". Istilah-istilah seperti "nasionalisme" dan "kiri" telah digunakan dengan tidak amat kritis sekali. Gagasan-gagasan seperti "pengganas komunis" dan "asykar Melayu" dilaga-lagakan untuk memuaskan naluri politik perkauman yang masih tebal hari ini.
Dua tahun dari sekarang kita akan merayakan kemerdekaan setengah abad negara kita. Sayangnya, pada waktu itu kelak kita akan masih merayakannya dengan jeritan lompong dan kibaran bendera yang tidak bermakna. Kita akan berhibur, bernyanyi dan berlawak jenaka bagaikan si tolol – kerana itulah kita yang sebenarnya!
posted 8:05 AM
17 Comments:
wan zaharizan b wan zan said...
Kepada Encik Rustam Sani yang budiman
Betapa liciknya penulisan saudara yang bagi saya hanya pandai berkata kata tetapi hakikatnya UMNOlah yang patut kita beterimakasih. Bukan Datuk Onn Bukan Chin Peng dll. Kemerdekaan sekarang ini hakikatnya kemenangan UMNO.
Saya tidak menafikan Darurat mempercepatkan kemerdekaan tetapi kalau itu hujahnya kita juga patut beterima kasih kepada labour party yang menerajui Britain waktu itu. Winston Churchill dari part conservative sekali kali tidak akan memberi kemerdekaan kepada kita.
Ataupun kita patut beterimakasih kepada Amerika Syarikat Dibawah Truman yang memperkenalkan Marshall Plan kepada Europe yaani satu projek raksasa membangunkan balik Eropah dengan duit perbendaharaan Amerika. Sewaktu itu Amerika tidak suka negeri eropah ada koloni dan mahukan negara negara ini dimerdekakan.
Ataupun kita beterimakasih kepada orang yahudi yang menarajui pemikiran dan dasar luar Amerika sewaktu itu. Lihat sendiri white house officials in 1946 to 1961's telaah dan baca.
Sesungguhnya tidak ada akhir kesudahannya keterimakasih kita kerana adanya orang seperti anda. Sejarah membuktikan kemerdekaan dimenangi oleh UMNO yang diterajui oleh Tunku. Jangan tanya motif atau sebaliknya because the argument will never stop.
Sesungguhnya corak kemerdekaan sekarangni adalah kerana UMNO dan jika Chin Peng yang menang lain lah coraknya dan juga jika PKMM yang menang. Baca buku Chin Peng pergi jumpa dia di Selatan Thai tanya sendiri corak kemerdekaan macam mana yang dia hendak untuk Malaya. Seperti mana saya utarakan beberapa kali sebagai cucu bekas komandan ke10 MCP saya amat benar tahu kehendak Chin Peng dan mereka puak kiri yang berjuang didalam hutan bersama Chin Peng.
Syukur Alhamdulillah kita merdeka seperti ini tetapi sekali lagi saya tidak menafikan atau menidakkan mereka meraka yang lepas sebagai pejuang tetapi usahlah kita menafikan juga pengorbanan UMNO walau pun kita benci pada pemimpin dia. Janganlah hanya pandai menulis dan memutarkan ayat hanya kerana benci kepada pemimpin. Jangan Kerana Nyamuk Kita Membakar Kelambu
Friday,
October 14, 2005 12:38:00 PM
srilemak said...
Wan Zaharizan - pejuang kemerdekaan bukan hanya terhad kapada pemimpin2 UMNO. Jangan nafikan sumbangan penulis, guru, politikus (tak kira berhaluan kanan maupun kiri) dan juga persekitaran politik dunia dimasa itu.
Mereka yang melaungkan MERDEKA di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 57 (dan juga mereka2 yang berdiri disampin mereka) tidak memonopoli takrif pejuang.
British setelah berundur dari India menyedari bahawa arus pemikiran politik dunia semasa itu tidak menyebelahi kolonialisma dan menukar dasar dengan memberi kemerdekaan kapada tanah jajahan mereka sebelum mereka dihalau keluar melalui revolusi dan setreusnya kehilangan pengaruh politik dan ekonomi. Dengan kelicikannya, Inggeris telah memberi kemerdekaan kapada semua tanah jajahanya pada tahun 50 dan 60an dengan memastikan mereka tetap memonopoli ekonomi dan politik negara bekas jajahan tersebut dgn menyerahkan kuasa kapada elite yang mereka percayai.
USA pun pada masa itu pun bersikap anti kolonialisma. Lihat saja peranan USA mendesak Belanda dan British (re Revolusi di Indonesia dan sengketa Suez).
Oleh kerana sdr membuat beberapa rojokan dlm blog saya harap sdr dapat membaca buku Kahin (Nationalism & Revolution in Indonesia) dan Emerson (Malaysia: Direct and Indirect Rule) untuk mengetahui sadikit latar belakang peranan USA dalam proses dekolonialisasi.
Untuk mengetahui teori sejarah dan nasionalisma sila bca buku tulisan EH Carr dan Kohn. Saya tak mahu bagi tajuknya. Kalau sdr betul2 mengetahui sejarah sdr sudah tentu tahu nama buku2 itu dan juga membaca dan memahaminya!!!
Friday,
October 14, 2005 4:53:00 PM
SriBunian said...
Untuk Wan Zaharizan
Jangan hanya asyik meneliti dicelah kangkang sendiri. Lihat juga keadaan sekeliling. Kalau kita asyik memerhati dicelah kangkang sendiri, maka kita akan dapati bahawa yang "kita" itu yang paling bagus, bersih dan enak untuk dinikmati. Orang lain punya huduh, comot, buruk dan busuk.
Tidak ada sesiapa pun yang menafikan akan peranan UMNO mengembeling tenaga dan keringat untuk mencapai kemerdekaan negara ini. Wan Zaharizan harus insaf bahawa UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 khusus untuk menentang Malayan Union, kemudian baru bertindak untuk mendapatkan kemerdekaan. Prosesnya melalui pelbagai kaedah. UMNO menggunakan kaedah pujuk dan rayu serta tolerensi.
Wan Zaharizan harus ingat bahawa memperjuangkan kemerdekaan dan menghalau Inggeris di bumi ini bermula semenjak tahun 1511 lagi.Marilah kita sama-sama buka buku sejarah. Meneliti dan mengkaji secara jujur dan ikhlas.Kita hendak campak ke mana nama-nama yang tersohor seperti Tok Kenali, Datok Bahaman, Datok Maharaja Lela, Tok Janggut,Dr Burhanuddin Al-Helmi, Ishak Hj.Mohamad, Bostamam dan lain-lainnya.
Mereka ini sedikit sebanyak memberi sumbangan menghalau penjajah termasuklah Chin Ping yang menjadi isu yang paling kontroversi itu,Rashid Maidin dan rakan-rakannya.
Soal ideologi itu adalah masalah ke dua. Yang penting di sini ialah kita perlu melihat sumbangan dari mereka yang saya sebutkan itu dalam memberi suntikan semangat menghalau penjajah dan akhirnya negara ini mencapai kemerdekaan. Janganlah kita menafikan terus peranan mereka ini. Kita akui bahawa matlamat Chin Ping adalah untuk membentuk sebuah negara komunis selari dengan usaha-usaha China ketika itu menjadikan dunia disebelah sini sebagai Negara-negara komunis bertunjangkan Negara China-komunis.
Saturday,
October 15, 2005 12:38:00 AM

0 Comments:
Post a Comment
<< Home