Fitnah Pas senjata makan diri
DEBAT
Oleh ASTORA JABAT
Jangan berasa muak membaca perbincangan mengenai Amanat Haji Hadi kerana penulis dalam ruangan ini akan membincangnya dari sudut yang berbeza daripada yang pernah dibincang pada masa lalu. Sebenarnya Amanat Haji Hadi merupakan antara beberapa senjata yang digunakan oleh Pas untuk memerangi UMNO, tetapi malangnya ia kini menjadi makan tuan.Malah lebih dari itu senjata seperti itu nampaknya mampu membunuh imej pemimpin-pemimpin Pas tertentu atau sekurang-kurang mengurangkan pengaruh mereka terutama di kalangan golongan berpendidikan.Sebagai contoh Timbalan Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang sering menggunakan senjata seperti itu sedikit demi sedikit kelunturan imej.Sebenarnya banyak senjata yang digunakan oleh Pas menjadi senjata makan tuan.
Senjata makan tuan Abdul Hadi sendiri bukan Amanat itu saja, tetapi ada senjata-senjata lain termasuk membaca sebahagian ayat al-Quran dan menyembunyikan sebahagian ayat lain untuk menghukumkan kerjasama UMNO dengan bukan Islam adalah haram seperti penulis pernah dedahkan dulu.
Senjata makan tuan Abdul Hadi yang terbaru ialah buku beliau yang berjudul Qazaf, Mangsa Fitnah.Buku yang kata pengantarnya ditulis Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memaparkan gambar Anwar mata lebam sebagai kulit.Buku ini didakwa membincang tentang keadilan sejati menurut al-Quran dan sunah, tetapi yang sebenarnya adalah sebaliknya kerana ia pandangan Abdul Hadi semata-mata.
Abdul Hadi dalam buku itu cuba menghalalkan fitnah Pas dengan al-Quran dan sunah. Al-Quran dan hadis tidak kena mengena dengan fitnah yang digunakan oleh Pas untuk meraih sokongan politik dalam pilihan raya umum ke-10 pada tahun 1999 dulu.Penulis menganggap senjata makan tuan Abdul Hadi itu sebagai senjata makan tuan terbaru kerana beliau baru mendokumentasikannya dalam buku. Tidak lama lagi penulis akan mengupaskan kandungan buku itu satu persatu dalam bingkai membincangi hudud Pas.Dalam buku Qazaf itu Abdul Hadi cuba menutup fitnah Pas.
Ini kerana yang mendedah keaiban Anwar bukan UMNO, tetapi Pas.Mungkin ada orang-orang tertentu yang menjadi seteru Anwar dalam UMNO turut menggunakan keaiban Anwar untuk menjatuh beliau selepas tersebar khabar angin mengenai salah laku seks beliau, tetapi yang jelas ialah Pas lebih ketara dan lebih berkesan dalam menggunakan isu itu untuk menghentam kerajaan. Sebagai contoh Pas melalui Harakah dan Tamadun membuat serang besar-besaran dalam mendedahkan keaiban Anwar dengan tujuan untuk menggunakan isu salah laku seks beliau sebagai senjata untuk menjatuh kerajaan.Harakah dan Tamadun pada tahun 1997 dan tahun 1998 menyiarkan pelbagai cerita dan komen yang sensasi mengenai Anwar dan yang jelas menjejaskan imej bekas Timbalan Perdana Menteri ketika beliau masih berada dalam kerajaan.
Penulis percaya Anwar sedar perkara ini dan beliau tidak akan lupa buat selama-lamanya. Salah seorang yang terlibat secara langsung dalam memerangi Anwar dalam Harakah dan Tamadun ialah penulis buku politik Ahmad Lutfi Othman.Ahmad Lutfi hampir setiap keluaran Harakah dan Tamadun menulis tulisan yang mencemarkan imej Anwar. Ahmad Lutfi baru mengubah pendirian dan berhenti menyerang Anwar pada September 1998.Beliau dalam Harakah keluaran 7 September selepas Anwar dipecat mula mengubah pendirian dan menunjukkan sikap sedikit simpati kepada Anwar dan mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pula.
Selain Harakah dan Tamadun, ceramah-ceramah Pas juga digunakan untuk mendedahkan keaiban Anwar untuk menjatuhkan kerajaan.Ahli Parlimen Kuala Kedah, Muhamad Sabu umpamanya dalam ceramah beliau di merata tempat menggelarkan Anwar sebagai Anwar al-Ju****.Selain itu Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md. Taib pernah bersetuju membuat rakaman video dengan seorang mangsa Anwar ketika beliau masih menjadi Imam Masjid Negara. Beliau pada ketika itu masih bekerja dengan kerajaan, tetapi hati telah berpihak kepada Pas.Dikatakan beliau bersetuju membuat rakaman luahan hati mangsa berkenaan kerana berniat untuk merencanakan perkara itu bagi menentang Anwar dan sekali gus membantu Pas menjatuh kerajaan.
Bagaimanapun, seperti kata pepatah, kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukannya. Pas atau Taib Azamudden tidak sempat menggunakan rakaman video dengan mangsa Anwar sebagai senjata untuk menghentam UMNO atau kerajaan. Ini kerana tidak berapa lama selepas itu Anwar dipecat daripada kerajaan dan UMNO. Sedangkan Taib Azamudden pula kembali ke pangkuan Pas.Sebagai hasilnya senjata Pas itu menjadi senjata yang memakan diri sendiri.
Kini rakaman video Taib Azamudden itu tersebar luas di kalangan masyarakat.Jika memperhatikan tindak tanduk Taib Azamudden sejak berada dalam Pas, kita akan mendapati bahawa beliau merupakan seorang ahli politik Pas yang paling kurang bercakap tentang Anwar.Kenapa? Jawapannya kerana beliau sendiri percaya apa yang dilakukan oleh Anwar berdasarkan kepada perbincangan beliau dengan mangsa Anwar yang dirakam dalam video itu.
Rakaman yang memakan masa lebih satu jam dan salinan yang dibuat ke atas kertas pula melebihi 20 muka surat itu mengandungi pertanyaan, minta nasihat, kaunseling dan pandangan agama oleh mangsa.Mangsa yang menganggap dirinya dipaksa dipermainkan secara sumbang itu di antara lainnya menyoal Taib Azamudden apakah dia boleh bertaubat, adakah taubat akan diterima Allah.Dalam pada itu jika diperhatikan pendirian beberapa orang pemimpin Pas kecuali Datuk Fadzil Noor, kita akan dapati bahawa mereka juga menunjukkan sikap menentang Anwar atau sekurang-kurangnya tidak berpihak kepada beliau ketika khabar angin mengenai salah laku seksnya tersebar luas.
Malah ketika Anwar sudah dipecat dan mula menggerakkan orang ramai supaya melancarkan reformasi pun, kita dapati ada di kalangan pemimpin Pas yang berpendirian tidak menyokong Anwar.Sekadar contoh penulis mengutip kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di mana beliau pada 5 September 1998 menyatakan bahawa Pas tidak tertarik dengan ajakan Anwar supaya parti-parti pembangkang menyertainya menubuhkan sebuah organisasi bagi melancarkan gerakan reformasi di negara ini walaupun sehari sebelum itu Nik Aziz menyatakan dukacita dengan perlucutan jawatan Anwar akibat tuduhan-tuduhan yang dilempar kepadanya.Pada 15 September 1998 pula Nik Aziz menasihati Anwar membersihkan diri daripada sebarang isu berkaitan peribadinya dahulu.
So now Anwar has gone into hiding frothing conspiracy theories and act as he is being victimised again! I wonder why is it so gullible the malays to jump into his lies! If it is so that he is to be assasinated why hide in the Turkish Embassy if not ( I am being a devil's advocate hero) waiting for the instruction from his jewish master after all Turkey Israel relationship is well documented. See http://www.mideastnews.com/turkey_Israel.htm or here http://samvak.tripod.com/brief-turkeyisrael01.html. We all know that Paul Wolfowitz the former Secretary of Defence of US and former world bank President who happens to be a jew is his good friend. The scandal clad wolfowitz http://www.bayoubuzz.com/News/US/Politics/World_Bank_Wolfowitz_Banking_On_Shaha_Reza__3475.asp
http://en.wikipedia.org/wiki/Paul_Wolfowitz
therefore is it not safe to conclude that the reason that he could bring the old price down is because his close relationship with the jews, as the main reason for the unbelievable high oil price is because speculation of the trading house which sadly and mainly controls by Jews such as Sach and Solomon? Since he is a weak Goyim thus he needs protection for his penchant and wait for instruction from his Masters. Is he groom to be the next Attarturk?, reformer who is the bane of Muslim all around the world who is said to be gay too! maybe, he is after all a Munafik? see http://en.wikipedia.org/wiki/Ataturk Wallahuallam Bisawab!
Note : If Datuk Sri is hollering conspiracies everywhere why can't I! Two can play the same game only mine would never be accepted as the Malays like heroes and I am not one!